Saturday, June 13, 2009

Fomula 1.



selain dari muzik indie. aku pun minat f1. aku suka semua sukan bermotor tayar 4(tayar 2 x main). aku pun suka kereta. f1 sukan no satu aku aku x pernah miss tengok. tapi korang taw x apa 2 f1 ..?? f1 bkan sahaja kereta lumba. kalau tak tahu aku terangkan kat bawah...tapi larat ke korang baca??

Angapan umum mengenai sukan lumba kereta F1 adalah untuk mencari pemandu juara. Anggapan itu tidak salah, tetapi ia tidak menceritakan kebenaran keseluruhan sukan ini, kerana sebetulnya lumba kereta F1 adalah perlumbaan mencipta kereta berprestasi tinggi yang paling selamat.
Di tahun-tahun awal sukan lumba kereta, hampir setiap kereta lumba dipandu oleh jurutera yang mereka-bentuknya. Namun sejak F1 dimulakan dan persaingan dalam sukan lumba kereta semakin sengit serta mencabar keupayaan keseluruhan pasukan, jurutera tidak lagi memandu kereta yang direka-ciptanya. Justeru di kalangan pasukan dan peminat lumba kereta sebenar, F1 adalah suatu perlumbaan jurutera (engineerÕs race).
Setiap kereta yang mengambil bahagian dalam F1 mesti melalui proses yang panjang, rumit, teliti dan mahal. Jadi, apabila anda melihat kereta-kereta itu berlumba, sebetulnya anda sedang menonton demonstrasi kemahiran dan keberanian pemandu mengendalikan hasil kerja kreatif mengadun teknologi yang telah dilaksanakan oleh berpuluh-puluh jurutera.
Untuk mengetahui dengan lebih dekat mengenai kereta-kereta lumba F1 yang, mari kita periksa apa sebenarnya sukan lumba kereta F1.
Pada masa ini, FIA menetapkan hanya 12 pasukan sahaja yang boleh mengambil bahagian dalam setiap musim lumba kereta F1 dan setiap pasukan boleh menyertakan dua buah kereta. Di tahun-tahun 1980-an dan 1990-an, beberapa pasukan baru yang menyertai F1 tetapi terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu menyaingi teknologi serta sumber kewangan yang diperlukan bagi menyediakan pasukan yang baik.

Semua pasukan yang ingin mengambil bahagian dalam F1 hendaklah membayar deposit dalam bentuk bon kepada FIA, iaitu sekitar RM19 juta (USD5 juta). Deposit ini adalah sebagai jaminan bahawa setiap pasukan mempunyai sumber kewangan yang kukuh, cukup dan selesa bagi menubuh dan mengurus sebuah pasukan lumba kereta yang berprestasi tinggi.

Mahal

Sebagai sukan termahal dunia, kesan ekonominya adalah jelas serta kewangan dan pertarungan secara luas diperhatikan. Sememangnya jumlah wang yang diperlukan oleh bagi menubuhkan sebuah pasukan adalah sangat tinggi. Anggaran konservatifnya ialah di sekitar RM550 juta (USD145 juta). Kira-kira RM200 juta diperlukan untuk membeli pasukan, RM50 juta untuk kilang dan RM300 juta lagi untuk kemudahan penyelidikan, reka-bentuk, peralatan elektroniks dan sebagainya. Kesemua ini adalah untuk pembinaan badan/casis sahaja!
Kira-kira RM200 juta lagi diperlukan untuk membeli enjin, tetapi sekiranya pembuat enjin mahu ikut serta, jumlah ini boleh dikurangkan sehingga 50% atau percuma sama sekali.
Setiap pasukan lumba kereta F1 biasanya mempunyai antara 180 hingga 250 orang kakitangan dengan jumlah gaji dan elaun kira-kira RM60 juta. Ini tidak termasuk gaji dan elaun pemandu utama, pemandu kedua dan pemandu-pemandu ujian (test drivers) yang boleh mencapai antara RM20 hingga RM150 juta.
Ditambah dengan belanja mengurus selama tiga tahun sekurang-kurangnya, iaitu untuk pentadbiran, penggajian, aksesori, penyelidikan, ujian, pemasaran, penyertaan dan seumpamanya, jumlah RM2,500 juta adalah anggaran konservatif untuk sebuah pasukan yang menyertai F1.


Setiap F1 biasanya mempunyai antara 180 hingga 250
orang kakitangan dengan jumlah gaji dan elaun kira-kira
RM60 juta
..!!



gaji dan elaun pemandu utama, pemandu kedua dan pemandu
-pemandu ujian (test drivers) yang boleh mencapai antara RM20 hingga RM150 juta.

Ferrari dan McLaren-Mercedes misalnya membelanjakan kira-kira RM400 juta setahun hanya untuk reka-bentuk, penyelidikan, pembinaan, ujian dan penyertaan kereta masing-masing. Justeru setiap pasukan mesti mendapatkan sumber kewangan yang lumayan, baik dari jualan kereta komersil mahupun tajaan iklan-iklan.
Proses pembinaan sesebuah kereta F1 bermula dengan reka-bentuk badan/casis yang kemudian diuji baik dari segi reka-bentuk mahupun bahan-bahan yang digunakan. Reka-bentuk akan membantu pemandu mencapai kelajuan tinggi, sementara bahan-bahan pula akan menentukan sama ada kereta berkenaan boleh bertahan sehingga selesai.
Evolusi susunan casis kereta F1 bermula apabila Colin Chapman (Lotus) membina ÔmonocoqueÕ aluminium (T25) pada tahun 1962. Pada tahun 1967 dia mencipta T26 yang mengubah kedudukan enjin dari hadapan ke belakang ruang pemandu (cockpit). Versi T79 pula mengubah kedudukan tangki minyak di antara tempat duduk dan enjin.


Evolusi

Bahan-bahan untuk membina casis juga ikut mengalami evolusi, bertukar dari aluminium kepada CFRP(carbon fiber reinforced plastic), semata-mata untuk mendapatkan struktur yang tegap, lasak dan ringan tetapi mampu melindungi keselamatan pemandu. CFRP juga digunakan sebagai bahan membina pelindung enjin dan kotak gear.
Saiz tangki minyak kereta lumba juga kecil, hanya mampu menampung 135 hingga 150 liter petrol, iaitu cukup untuk perjalanan separuh perlumbaan.
Peruntukan belanja paling besar bagi setiap pasukan F1 sebenarnya adalah untuk reka-bentuk, penyelidikan dan ujian aerodinamiks, kerana prestasi kereta semasa memecut, brek dan mengambil selekoh bergantung sepenuhnya kepada aerodinamiks.

Reka-bentuk luaran dan agihan berat badan kereta diteliti dengan rapi, khusus untuk mendapatkan kawalan kereta paling cekap dalam semua keadaan. Justeru kereta lumba dipasang dengan sayap, yang dipinjam dari teknologi penerbangan semata-mata untuk mendapatkan kawalan terbaik semasa pertukaran kelajuan.
Konfigurasi enjin kereta biasa dan enjin kereta lumba F1 sebenarnya mempunyai lebih banyak persamaan daripada perbezaan. Tetapi, kenapakah prestasi kereta biasa jauh berbeza dengan kereta F1?
Misalnya kedua-dua jenis enjin kereta itu menggunakan petrol tanpa plumbum sebagai bahan bakar, enjin 4-strok, 4-injab/selinder dan injeksi minyak elektronik. Malah, ruang selindernya juga hampir sama, iaitu 300cc bagi enjin kereta lumba dan 400cc bagi enjin kereta biasa.
Jawapannya ialah 75% akibat rpm (revolusi setiap minit) dan bakinya berpunca daripada tahap pernafasan dan pembakaran yang lebih optimum bagi kereta lumba.

Enjin kereta biasa hanya mampu mencapai 6,000rpm, sekaligus menghadkan kuantiti angin dan minyak yang dibakar setiap minit. Sebaliknya, enjin kereta F1 berupaya mencapai tiga kali ganda kadar itu, jadi ia mampu menghasilkan kuasa tiga kali ganda berbanding dengan enjin kereta biasa.


BMW Sauber F1 Team

Maklumat

Suspensi kereta F1 pula jarang bergerak, mungkin hanya sepersepuluh sahaja jika dibanding dengan suspensi kereta biasa. Jadi tidaklah menghairankan jikalau permukaan litar lumba kereta F1 dibinakan rata supaya kereta mudah dikawal dan pemandu pula tidak bersungut sengal-sengal badan!
Roda yang dipasang pada kereta lumba diperbuat dari magnesium supaya mencapai tahap lasak/berat maksimum, sementara tayarnya pula hanya boleh bertahan antara 100km hingga 150km sahaja.
Kereta lumba F1 menggunakan sistem brek cakera dan pad yang diperbuat daripada fiber karbon bersalut karbon atau cfrc(carbon fibre reinforced carbon) yang mampu berfungsi pada suhu melebihi 600 darjah selsius. Sistem breknya juga mestilah mampu menyejukkan brek yang kerap digunakan pada kelajuan 300ksj.
Ruang pemandu dibina khas sesuai untuk setiap pemandu, supaya dia sentiasa selesa semasa menyertai perlumbaan. Walaupun suhu dalam ruang pemandu

boleh mencapai 50 darjah selsius, tidak ada penyaman udara di dalamnya! Keretanya pun tidak berbumbung, jadi dia akan basah apabila hujan turun semasa perlumbaan.

Lazimnya setiap pemandu akan mengalami tekanan pecut melebihi 4g (graviti), jadi dia mesti mampu mengawal kereta dalam keadaan yang paling mencabar. Dia mengawal keretanya hanya dengan dua pedal di kaki, iaitu untuk kelajuan dan brek sahaja. Lain-lain instrumen kawalan elektronik seperti gear, parameter enjin dan casis serta kawalan radio disusun di sekelilingnya atau pada roda stering. Malah untuk minum sekalipun dia hanya perlu menekan butang sahaja.

Kereta lumba F1 tidak mempunyai meter jangkalaju, sebaliknya pemandu dibantu oleh instrumen elektroniks yang menasihatkannya untuk menekan brek atau menukar gear. Namun begitu, ada panel elektronik khas yang memberi maklumat mengenai kelajuan pusingan terakhirnya.
Rangkaian maklumat adalah amat penting kepada setiap pasukan, justeru diwujudkan komunikasi langsung antara kereta di tengah litar dengan unit kawalan di petak pit pasukan. Maklumat mengenai prestasi kereta serta instrumen yang dipasang akan disimpan untuk dianalisis serta diuji bagi perlumbaan seterusnya. Malah FIA juga meletakkan perakam data bagi mengumpul maklumat mengenai kemalangan serta puncanya.
Tidak ramai orang tahu bahawa setiap aksesori kereta F1 akan sentiasa dibina semula, maksudnya diganti selepas perlumbaan sejauh 300km hingga 500km. Oleh kerana jangka hayat aksesori sangat pendek, kosnya sesebuah kereta F1 tentulah sangat tinggi, barangkali di sekitar RM2,000 sekilometer. Kereta F1 yang anda lihat di pameran-pameran biasanya baru sahaja dipandu sejauh 5,000km sahaja!


Memanglah setiap pemandu kereta lumba F1 mesti berani, positif, pintar, cekap dan bersedia menjalani latihan ekstrim. Mereka juga mesti berada pada tahap kesihatan yang cemerlang, kerana biasanya dalam setiap perlumbaan, pemandu kehilangan berat badan antara 3kg hingga 5kg akibat dihiderasi (dehydration).
Tetapi, pada setiap kereta lumba yang berjaya sampai ke garisan penamat, ada kreativiti yang disunting, teknologi yang diolah dan wang berbilion ringgit dibelanjakan. Pemandu takkan jadi juara semata-mata kerana dia berani dan cekap sahaja. Dia perlukan kereta berprestasi tinggi yang selamat. Dan, kereta itu bukanlah murah!















Nick Heidfeld
Robert Kubica



BMW Sauber celebrate win 1-2 race

sumber: www.formula1.com/ myspace aku




Wednesday, June 10, 2009

apa itu indie...???




walaupn bruw beberapa hari wat blog... aq cuba fikir ap yg aq nk citer kt dlam blog nie.. skunk aq nk kongsi gan korang aq yg aq mnat... banyak benda yg aq mnat tp yg aq nk kongsi dgn korang dlu ialah muzik indie... aq mnat gan muzik indie sjak dri taun lima lg... mula mnat dri abg aq.. dye ske sngat butterfinggers.. dri 2 la aq minat butterfingers... tp taw ker ap 2 indie...???



butterfingers

aq bkan la arif sngat tentang tp skurang2 aq taw la jgak... indie nie sbernarnya singkatan kepada independen. selalunya digunakan merujuk kpda bands.. tp mse aq kcik2 dlu dieorg x pngil indie or independen. tp undergrown.. tp skunk dunia dh berubah, zaman dh mju.. mjadi stu trend.. indie merujuk kpada muzik yg dihasikan dngan mengunakn otok mereka sendiri tanpa bntuan org luar. merekalah yg mencipta, merekalah yg menghasilkan muzik mereka sendiri, kord gitar sendiri. sbg contoh.. mawi penyanyi n emmet vokalis kumpilan butterfingers. emmet dieorg panggil indie tp mawi x.. sbab nyer lgu mawi ad komposer, pencipta, lgu yg mawi nyayikan 2 ialah ciptaan seseorg. dye cma nyayi je. tp emmet dye x ad composer, x ad syarikat rakaman, x ad org yg support mereka. mereka hanya wt lagu mengunakan akal fikiran dan emosi mereka sendiri.



meet uncle hussain

ad yg b`pendapat sesetengah bands sngaja mengelar diri mereka indie spaya nama band dieorg naik. tp korang taw ker spatutnyer dieorg dijulang dan disokong krana dieorg dapt menghasilkan lagu mereka sendiri tanpa bantua org lain. bleh ker kte wt lagu sendiri... hanya org yg ad nilai seni muzik shaja yg dpat melakukannya..


bittersweet

selain itu...band indie x smestinya punk rock, rock metal ker.. dieorg leh wt mcm 2 lgu... nasyid pn indie jgak kalau die wt lgu sendiri. keroncong ker dieorg pnya ska la... pakaian dieorg bebas la.. x semestinye sluar kcik bawak.. ktat2.. bg aq rancangan realiti tv mcm mentol, af, oim x dpt lawan kehebatan ankatan indie malaysia, tp aq 1 lg masalah, ialah org malaysia x skong indie2 malaysia, dieorg skong band dri sbarang mcm indon. aq pn x taw ap la yg best sngat kt deorang 2. siap ad yg tja lg wt konsert pesta malam indonesia spa lg klau bkan celcom.. band indie smakin mju skarang. menjadi kegilaan remaja skunk. antaranya MUH, Hujan, Butterfinggers, Yuna, Bittersweet n banyak lagi...


akhir kata:

support our local acts!!
support our local mucic!!
support our local band!!
support our local!!!

Tuesday, June 9, 2009

tentang diriku.

entah. aq tetap aq. kau tetap kau lembu tetap lembu. aq just seorang yg simple. x ske bnda yg rmeh-tmeh... cpat gak la mrah... tp cba untok x tnjuk kemarahhan aq 2... aq dilahirkan oleh mak aq... mse lhir dieorang kte aq nangis... huhu.. tarikh lahir aq hari selasa 8.2.1994.. ad 4 adk-beradik n aq yg bongsu...
akk aq yg no stu skunk jdi guru kpada bdak2 khas...di sk bagan serai. abg aq skunk mengangur di rumah. kje dye wt taik mata... akk aq ygno 3 skunk msih beljar dek unimas sana.. mak ayah aq merupakan warga pendidik. dieorg mendidik sebelum aq dididik lg.. ayah aq skunk menjadi seorang pesara g.bsar kt sk matang gerdu, bagan serai. sblum nie guru kcik jew... tp berkat usaha dan kesabaran. ahkhirnya smpi jgak jd g.besar... skunk umo ayh aq bruw 59 thun(x ler tua sngat)




dahulu


sekarang


mak aq cikgu jgak.. dye skunk dh jdi gru besar kt sk mtang jelutong... mak aq umo 52 thun(merdeka). aq syg mak aq... tp mak aq nie slalu bz ckit. aq besa panggil mak aq `mama`.., huhu...


dahulu



sekarang

aq just x taw nk tlis aq kt sni....tp aq nk gtaw jew family aq... bnyak lagi aq nk hbak... tp mlaz la.. klau korang nk knal2 ke or dh knal ker... rjin2 la komen...

Langkah Pertama.


salam...

slmat dtg ke msa dpan. nie la blog sya Muhammad Hakimi Bin Hamidi. panggil aq Kimie jew.. Aq sbenarnya x taw nk taip aq kt sni. sbg pmulaan aq just nk blajar dr member2 aq yg dh pakar dlam bidang nie. Aq cma nk mrasa best ker klau aq blog sndiri n ap plak gnanye blog nie. semua akn diketahui slepas aq b`jaya memajukan blog nie.